Amani's
Cinta AMT ??
posted by Amani◕‿◕ 3:43 AM 9 comments
Lets we start from 2013
and I was 16 at that time at the year before Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan tahun bagi Sijil Menengah Ugama (SMU)
And well aku juga dikenali sebagai Dhobitah (pengawas sekolah) dan juga Penolong Ketua Redaksi.
Sila imagine yang aku sangat skema.. haha
*hujung kanan*

One day dalam bulan Februauri tu, aku absent kelas pagi sebab kena pergi appoinment braces kat Pasir puteh.
So bila datang extra class petang tu dah bising pasal budak baru masuk kelas aku.
Dah heboh pasal ketinggiannya, ketahfizannya, kehandsomemannya, ke'funny'annya.
Aku dengan penuh rileks berquote
Biasalah,, dah nama pun budak baru. mesti la dapat nama. Bila dah tahu baik buruk perangainya nanti orang pandang slide pun taknak

Masuk tengah tahun, cikgu lantik dia jadi dhobit. So nak dijadikan cerita kami yang akan menjadi pelapis AMT ni kena join satu camp 
'Mukhayyam Tarbawi' 
masa tu aku rasa macam aku ade chemist dengan dia, Haha

habis je camp tu, macam biasa abah akan angkut aku dari sekolah.
masa aku bye2 salam2 dengan kawan-kawan, 
aku nampak abah aku duk cit cat lancang dengan sorang pakcik ni.. Tapi aku tak sure ayah sape, bila aku nak naik kereta. Nampak la mamat tu dekat dengan kereta tu.
Maknanya tu ayah dia lah kan. 
Pendekkan cerita
Abah bagitau yang sebenarnya Parents kami dah lama kenal and rapat gila suatu ketika dahulu, Kitaorang dah pernah jumpa masa aku kecil comel dulu..
Biasalaa, dunia bulat

dan Alhamdulillah akhir tahun tu, bila resutl SMU keluar, seramai 69 orang calon SMU Mumtaz termasuk aku dan dia.
2014
Dia dilantik sebagai Ketua Pelajar atas kepercayaan cikgu and sifat kepimpinan yang dia miliki.
aku sebagai setiausaha.
Kami makin rapat. tapi rapat sebagai Classmate dan AMT sekolah, buat program, meeting dsbg.. So dalam sehari memang tak sah kalau tak jumpa. Kecuali salah sorang tak pegi sekolah.

Bila masuk bulan Julai, aku semakin sibuk dengan SPM ditambah dengan amanah yang dipikul dirumah dan disekolah.
Well, as a Mantan Pen.Ketua Redaksi. Aku rapat dengan seorang ustaz Redaksi ni..
dan aku terperasan something, dia pun mula rapat jugak dengan ust tu.
Ustaz tu seorang kaunselor yang sangat rapat dengan pelajar. So apa salahnya dia nak rapat jugak..
Seminggu dua before SPM, bising dalam class pasal Dia dah ada 'someone'
Yang peliknya dari mana perasaan pelik yang muncul dalam hati...
Lantas ku abaikan. Bukan masanya lagi...

20 November 2014.
 4 days before last paper SPM (perdagangan). Malam tu, aku dapat text dari dia, dah kenapa mamat ni text aku, rasanya tak de lagi program terdekat.
dan bila aku bukak, bagai nak luruh jantung aku...
He said 
First time dia jumpa aku, perasaan dia lain sangat. tapi dia sembunyikan perasaan tu sampai sekarang. istikharah demi istikharah, setiap kali dia tengok aku dia rasa tenang. (panjang lagi tapi dah delet. haha)

Ya Allah hai, malam tu langsung aku tak keluar bilik, terus tak balas message dia.
nak bagi tahu ummi. Tapi aku rasa bukan masanya lagi. Aku masih ada satu paper yang belum aku langsaikan.
Aku just menangis dan terus menangis. 
rupanya ada yang memerhati dari sudut hati. setahun setangah, bukan masa yang singkat.
di sepertiga malam, bila dah mengadu pada pencipta. aku text dia and said
"Jumpa ummi abah aiman" 

Last day bagi SPM tak mingkin akan aku lupakan,
bila masuk dewan dan nak jalan pegi meja sendiri and lalu tepi meja dia rasa macam nak jadi halimunan ja. 
Mulai hari tu aku dah mula cover yang aku dan dia tak ada pape.

and Alhamdulillah result SPM batch kami meletop and alhamdulillah again aku dapat second top student
2015
Aku di UIA dan dia di MTQ under MAIK
im so proud with him.
dia dah mula rapat dengan family aku. Raya hari tu dia datang rumah.. 
Well, dia kenal rumah aku sebab dia pernah hantar aku balik lepas ziarah ust Lokman.

Rasa macam dalam mimpi. Ketua Pelajar suka Setiausahanya ?
Kadang nak tergelak pun ada bila ingat balik time dalam kelas, dalam bilik pengawas, dalam program. haha.
Istikharah dan doa tak pernah putus.
Jika dia benar untuk aku, moga Allah lindungi hubungan ini.
design by Wanaseoby