Amani's
MARK
posted by Amani◕‿◕ 4:45 PM 0 comments

MARK
pusat tarbiyyahku

2010 
aku mula menjejakkan kaki ke sini
mencari sejuta makna untuk ku dalami
mengapa umi abah letakkan diriku disini
melihat sang banatnya yang tertutup sana sini
baninnya yang berkopiah putih suci
membesarnya diri seorang hamba di sini
di Madrasah tinggalan TOK KENALI
mengorek ilmu utk diisi didalam kantung hati

Helps coming :)

2012
tahun imtihan bermula disini
PMR distruggle sampai malam  hari
senior hebat menjadi cabaran diri kerdil ini
8 A ku hadiahkan untuk umi abi


2013
ilmu agama menjadi sasaran
gentarnya HATI bila mana SAHABAT seperjuangan memilih sekolah kawalan
cuba memujuk diri sendiri untuk teruskan
Mungkin untukku ada jalan

SMU menanti
ilmu agama dipelajari hari demi hari
bila tiba bulan FEBRUARI
sang hafiz menghadirkan diri dikelas kami
hebatnya dikau wali Allah, sungguh bertuah insan yang berjaya miliki
Allahu Rabbi, bukan masaku mengejar CINTA ajnabi
Ilmu itu cahaya, Cahaya tidak mungkin bergandingan dengan ma'asi
Alhamdulillah, MUMTAZ milik diri ini

2014
Sijil Pelajaran Malaysia
agar 5tahun disini bukan hal sia-sia
mengejar matlamat utama
membahagiakan ibu-bapa
usaha harus dilipat ganda
sebelas maddah dipikul sebagai tanda
disamping amanah jawatan ku jaga
tahun paling haru gila
tahun paling maksima
namun ku harus buktikan jua

3 november bermula
dewan Tok Guru menjadi saksi kami semua
demi menggapai impian di angkasa

Namun,
20 november dugaan tiba
sang hafiz melamar cinta
Subhanallah! Terpaksa ku tahan jiwa
kerna satu madah berbaki papernya
dekati Waliku agar cinta terpelihara

3 MAC 2015 segalanya
ada yang suka ada yang berduka
namun MARK bergembira
100% 5 subjek dan keseluruhannya
9 A Aiman Amani punya
Namun itu bukan segalanya
diriku masih di garisan mula
oversea menjadi pilihan utama



design by Wanaseoby